Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM, mendapati bahawa 1 pasangan suami isteri yang beragama Islam bercerai setiap 15 minit. Malah angka kes perceraian semakin meningkat saban tahun. Senario ini pasti membimbangkan anda yang bakal mendirikan masjid tak lama lagi.
Sebagai rujukan, saya sertakan sebahagian keratan akhbar online yang membuktikan fakta tersebut:
Sumber: Berita Harian
Fakta ini telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam satu sidang Parlimen.
Ia amat membimbangkan kitat tetapi itulah realitinya!
Menurut keratan akhbar di atas, banyak punca yang menyebabkan berlakunya kes perceraian di Malaysia. Antaranya seperti kurang menitikberatkan solat 5 waktu, tidak menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin dalam rumahtangga serta kurangnya ilmu berkaitan mengendalikan konflik rumahtangga.
Hal ini jika tidak dibendung dari awal usia perkahwinan bakal mengundang perceraian di kemudian hari dalam jangka masa 2-3 tahun akan datang.
Rumahtangga yang tidak harmoni dan dipenuhi dengan kasih-sayang serta pengamalan nilai-nilai murni Islam bakal menuju jalan kehancuran rumahtangga.
Setiap pasangan tak kira si suami mahupun si isteri perlulah sama-sama bekerjasama dalam mengekalkan ikatan perkahwinan agar terus utuh dan bahagia selamanya. Kepincangan dalam rumahtangga boleh berlaku jika salah satu pihak mengambil ringan dan jalan mudah dalam mengendalikan sesuatu konflik.
Perlu adanya ilmu dan persediaan yang cukup bagi mengelakkan perkahwinan anda berakhir dengan perceraian.
Sebenarnya terdapat banyak lagi punca yang menyebabkan perceraian boleh terjadi. Kebanyakan punca-punca tersebut mungkin sebenarnya tidak anda sedari bahawa anda mungkin sedang lakukannya.
Layari laman PuncaCerai.com berikut untuk mengetahui lebih banyak punca yang boleh menyebabkan perceraian berlaku.